Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 16 November 2017

Bukan main enjoy dua beranak ni

Salam Khamis ....

Alhamdulillah, semalam mak dah tunaikan hasrat diri sendiri nak makan Mee Tarik Goreng sekali lagi di Mee Tarik Warisan Asli IOI Putrajaya. Tak payah haih nak manja manja tunggu orang tunaikan hasrat kita baru nak merasa! Baik pergi sendiri, makan sendiri, bayo sendiri, puas hati! haha..... Sedap oiii!! Baik korang cuba! Ni pun mak rasa nak makan lagi ni! Entah apa diletaknya.... daun ketum ke hape hihi......

Mee Tarik Goreng
Sekarang ni kan tengah musim SPM, jadinya sekolah tu macam bapak sendiri yang punyalah hahaha... Nak sekolah ke tidak, ikut suka hati.

Mak is jaga kesihatan hokey! No manis manis.... 


Budak ni mana makan pedas! So, mee suplah jadi pilihan dia, sama menu yang Pak Jilap pilih dulu. 

Lepas makan kita pusing pusing tengok barang pulak dik. Jalan sana, jalan sini tak tentu hala ..... 

Petang sikit budak ni ajak makan Korean Snow Ice @ Manggo Bingsu pulak..... Amboiii! Bukan main enjoy lagi dua beranak ni makan makan semalam ek! Mentang mentanglah King Kong tak de, hihi....  


Takkan makan bingsu je, nak jugak kunyah kunyah, buat exercise mulut kan. Yang sorang teringin nak makan shushi, yang sorang teringin nak seaweed rolls tu. Sudahnya order dua dua....

Sebelum balik, budak tu teringin Churros pulak!! Mak tak teringin hokey!! Sampai rumah mak dah kenyang..... apa lagi, keluarlah teori kesihatan..... malam malam tak boleh makan berat bang, orang buat oat ajelah ek, kata nak diet kan hihihi.... 

Wednesday, 15 November 2017

Okonomiyaki beli

Salam Rabu.....

Korang pernah makan Okonomiyaki

Pernah? Tak pernah? Yang pasti Warisan Petani mesti tak pernah makan hihi..... Lainlah tanya pernah makan jantung pisang rebus ke tak! Yang tu confirmed baru lepas jadi santapan Warisan Petani sekeluarga 2-3 hari yang lepas hihi..... cicah pulak dengan sambal belacan cili hijo. Wallah enak lo, wong Jowo ngomong haha!

Berbalik pada kisah Okonomiyaki tadi, ni salah satu faveret mak jugak. Sedap oii..... Dulu dulu tak ada ikan. Harga baru Rm3.50. 


La ni harga dah naik. Kalau tak silap dah cecah RM5 henggit sebekas. Tambahlah ada ikan Saba seketul atas tu lagilah mahal. Tapi nak buat macam mana, mahal mahal pun sedap weyh...... pejam mata ajelah!


Asal makan je terfikir fikir agaknya Okonomiyaki ni dibuat daripada kentang kot. Senang je buatnya ni. Bila bila boleh buatlah.... Lepas tu tak buat jugak, sampailah makan lagi hihi... 

Kebetulan pulak semalam masa blogwalking blog Nany Fadhly, dia masak Okonomiyaki ni. Siap share resepi lagi. Rupanya ada tepung khas bukan guna kentang. Senang aje rupanya nak buatnya, tapi tu kalau rajinlah, kalau malas susah jugak tu hihi....

Credit pic Nany Fadhly
                        
Baru tau yang macam kertas nipis tu, Bonito flakes. Itu pun ada jual jugak. Selama ni mak panggil sotong je.... Aduh, bajet makcik makcik sangatlah pulak ek hihi...... Okonomiyaki ni kalau tak de Bonito flakes, bukan Okonomiyakilah namanya....

Kalau yang buat daripada kentang, begedil namanya ye makcik Nom haha.... bukan Okonomiyaki! Nak tengok begedil cantik mohon singgah blog Phong Hong, begedil mak menggerutu haha....





Tuesday, 14 November 2017

Tembikar dari China

Salam Selasa korang......

Hujan weyh kat rumah mak sekarang ni. Tarik selimut best ni..... 

Pak Jilap sampai Sabtu malam. Setengah jam cepat daripada jadual yang sepatutnya. Sepatutnya sampai pukul 10. Boleh pulak gitu ek? Tak jem kot traffic udara malam tu. Pilot speed lebih sikit hihi.... Mula plan nak ambik kat airport, boleh jalan jalan, lama tak ronda airport, sesekali best jugak jalan airport ni tengok orang hihihi...... Tapi fikir balik, malas pulak, baiklah mak layan Cerekarama kat rumah...

Tengoklah apa yang my King Kong bawak untuk isteri King Kong tercintanya. Yelah. dah suaminya King Kong haruslah isterinya pun King Kong jugak kan. Takkan lah tetiba isterinya tenuk pulak haha..... Tu tak sekufu namanya you!

Bukan main besar lagi beg kertasnya you. Mak is suspen hokey. Ni kurang kurang beg tangan ni, tak pun sepasang Cheongsam pink haha...... tapi masalahnya ada saiz mak ke? haha..... 


Sekali bukak taraaaaaaaa............... sebiji Tembikar Cina, hancur punahlah harapan mak nak pakai Cheongsam pink di hari Anniversary haha.....


Sebenarnya ni cenderamata kenang kenangan daripada supplier China selain daripada Pak Jilap dapat Chinese Tea.  Supplier tu ingat rumah mak ni ada kabinet kaca ke hape? haha....  Orang dah bagi, sayang kalau cuma disimpan, tapi masalahnya nak pamerkan kat ceruk mana kat rumah mak ni pun mak tak tau! hihi.... almaklum ajelah kan....


Penggemar barang barang antik mesti sukakan benda benda macam ni. Mak suka jugak perhiasan perhiasan ni, tapi tulah masalahnya, tak de kabinet kaca hoho.....